Kepakaran



En. Muhammed Ramdan bin Kassim
En. Ramdan adalah salah seorang tukang masak untuk Santapan Warisan Ibunda. Pengalaman beliau sebagai chef memang tidak dapat disangkal. Beliau pernah berkidmat untuk hotel-hotel 5 bintang terkemuka di kota Kuala Lumpur seperti Hotel Crown Princess, Hotel The Legend, Hotel Nikko dan Hotel Shangri-la. Secara keseluruhannya, beliau mempunyai pengalaman sebagai chef di hotel 5 bintang selama 15 tahun dan berkerja dari peringkat commis (chef terendah) kemudian mengusahakan dirinya ke peringkat sous chef. Kepakaran beliau adalah dalam masakan-masakan Melayu dan juga garde mange (cold kitchen).

Pengalaman beliau dalam menguruskan  majlis-majlis sememangnya luas dimana ketika berkhidmat di hotel Shangri-la, beliau selalu diberi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran majlis-majlis VIP, majlis walimatul-urus, seminar, lawatan deligasi dan sebagainya.


Berikut adalah sebahagian daripada OCS (Outside Caterings) yang diuruskan oleh beliau ketika bersama hotel-hotel tersebut.

  • Katering untuk event F1 di Litar Sepang.
  • Majlis VIP di kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
  • Majlis VIP di kediaman Kedutaan Amerika Syarikat.
  • Majlis VIP di kediaman Kedutaan Australia.
  • Majlis VVIP di Istana Negara.
  • Majlis VVIP di Istana Anak Bukit, Kedah.
  • Majlis VVIP di Istana Seri Melati, Negeri Sembilan.

Berikut adalah antara anugerah-anugerah yang beliau pernah terima selama beliau bekhidmat sebagai chef.
  • Successful Completion of HACCP Certification Program
  • Customer Delight Award 2002
  • 5 Years Award di Hotel Shangri-la
  • 10 Years Award di Hotel Shangri-la


 
Pn. Suriani binti Jaafar
Pn Suriani juga adalah salah seorang tukang masak untuk Santapan Warisan Ibunda. Sebelum berkhidmat untuk Santapan Warisan Ibunda, beliau terlebih dahulu berpengalaman berkerja untuk resort dan hotel-hotel 5 bintang seperti Resort Residence Inn di Cherating, Hotel Shangri-la dan juga Hotel Hilton KL Central. Secara keseluruhannya, pengalaman beliau selaku chef adalah selama 10 tahun dan berjaya meningkatkan dirinya dari commis ke peringkat chef de partie.

Beliau juga adalah antara chef-chef yang terlibat dalam pre-opening (pembukaan) Hotel Hilton di KL pada tahun 2004. Kepakaran beliau adalah dalam penyediaan masakan ala-carte, coffe house, garde mange (cold kitchen) dan juga dalam pembuatan kek serta kuih-muih.




Berikut adalah sebahagian daripada OCS (Outside Caterings) yang pernah diuruskan oleh beliau.
  • Majis VIP di kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
  • Majlis VIP di kediaman Kedutaan Amerika Syarikat.
  • Majlis VIP di kediaman Kedutaan Australia.
  • Majlis VIP di Balai Seni Negara.
  • Majlis VVIP di Istana Negara.

Berikut adalah antara anugerah-anugerah yang beliau pernah terima selama beliau bekhidmat sebagai chef.
  • 5 Years Award di Hotel Shangri-la
  • Shangri-la Customer Delight Member 2002

Gambar-gambar

En. Ramdan (paling kiri) bersama rakan sekerja di Istana Negara
Contoh hidangan di Istana Negara
Pn. Suriani bersama rakan sekerja di Hotel Shangri-la

Pn Suriani (barisan kedua dari depan, tujuh dari kiri) bersama staf-staf Hotel Hilton KL Central

En. Ramdan (tiga dari kanan) ketika majlis penganugerahan staf di Hotel Shangri-la






No comments:

Post a Comment